Semalam keputusan PMR 2012 telah diumumkan dan seramai 30,474 daripada 481,424 calon yang menduduki PMR 2012 telah mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.
Keputusan itu menunjukkan penurunan 0.85 peratus berbanding pencapaian tahun lepas yang merekodkan seramai 34,271 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran
Bagaimanapun jumlah calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran menurun kepada 241 orang pada tahun ini daripada 346 orang pada tahun lepas.
Gambar Pelajar Kolej Tunku Kurshiah yang mendapat keputusan 8A di Seremban semalam. – foto Kosmo
