Pada tahun ini, semua pembeli Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dibina Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) boleh mendapat pembiayaan institusi kewangan terpilih.
Melalui skim RMR1M ini, 4 bank sudah bersetuju membiayai rumah berkenaan iaitu Maybank, CIMB, Bank Islam dan Bank Rakyat. Rumah RMR1M yang dibina SPNB berharga RM65,000 dan pembeli hanya perlu membayar RM45,000 kerana baki RM20,000 ditanggung subsidi dari kerajaan.