Polis telah menahan 5 lelaki yang dipercayai terlibat dalam penculikkan DJ radio Best 104 yang dilarikan lebih 10 lelaki, Sabtu lepas.
Kesemua suspek yang ditahan tersebut berumur dalam umur 15 tahun hingga 21 tahun dan mereka ditahan sekitar negeri Johor kira-kira jam 2 pagi semalam.
Sebelum ini dilaporkan DJ radio, Julie Diana Omar Shariff atau lebih dikenali sebagai JD, nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu.
Beliau dikatakan diculik kerana menolak cinta seorang lelaki.
Suspek yang ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret .
