12 Alasan lelaki tamatkan Zaman Bujang

by MUZRI on August 12, 2008

Antara 12 alasan golongan lelaki bersedia mengakhiri zaman bujang:

Pelengkap hidup
Lelaki merasakan bahawa setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kewangan yang mencukupi dan memiliki pasangan yang serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan.

Hidup lebih terurus
Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri. Sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya. [Baca Seterusnya…]

{ 0 comments }

Personaliti dan Maksud Bunga

November 19, 2009

Sebelum anda menghadiahkan bunga sebagai pemberian, mari kita sama-sama mengetahui maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang. Pemilihan bunga yang ‘closest to the message’ yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut [...]

Baca Seterusnya →

Rahsia Personaliti Disebalik Buah-Buahan

November 6, 2009

Dalam satu kajian yg telah dilakukan oleh Dr.Barnett,beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi.Menurutnya lagi,kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing2.Kaedah ini juga dikenali sebagai “Science of Fructology”..
Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia..
1-JENIS LIMAU…
Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali.
Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu [...]

Baca Seterusnya →

Hiasan pintu rumah

October 18, 2009

Pintu kayu dengan ukiran ringkas.

Pemilihan bahan binaan dan rekaan mampu menyeri ruang
TIDAK ramai yang menitikberatkan aspek pemilihan pintu rumah kerana beranggapan ia sekadar laluan yang menghubungkan bahagian dalam dan luar rumah. Hakikatnya, ramai tidak sedar, pelbagai gaya dan rekaan binaan pintu mencipta daya penarik ruang. Begitu juga dengan material berbeza yang digunakan untuk membentuknya, [...]

Baca Seterusnya →

Tip Menyimpan Makanan Dalam Peti Ais

October 12, 2009

1. Kapasiti
Jangan isi peti ais terlalu penuh sehingga mengganggu aliran udara di dalamnya. Jika telalu penuh, peti ais tidak akan dingin secara optimum. Secara ideanya isikan sebanyak 85 peratus sahaja dan 15 peratus lagi untuk pengaliran udara.
2. Makanan Kering
Tidak perlu menyimpan makanan kering dalam peti ais. Ikan masin dan keropok umpamanya, cukup sekadar disimpan dalam [...]

Baca Seterusnya →

Amalan lestari di rumah

October 5, 2009

Bersama Hamidon Abdullah (Ketua Jabatan Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman UiTM Shah Alam)
Kaedah jimat tenaga, mesra alam yang boleh diamalkan keluarga
PEPATAH melentur buluh biar dari rebungnya juga sebenarnya dapat digunakan bagi mengajar penghuni rumah tabiat baik yang harus dilakukan untuk kebersihan, konsep berjimat cermat dan penjagaan alam sekitar.
Amalan lestari ini harus ada pada setiap [...]

Baca Seterusnya →

Cara luah rasa cinta

September 28, 2009

MANUSIA yang mempunyai perasaan pasti pernah jatuh hati.
Ia boleh membuatkan seseorang itu gila bayang, takut dimalukan, malah bimbang ditolak terutama jika si dia sudah berpunya.
Bagi yang tidak pernah bercinta, pengalaman jatuh cinta ini mungkin sesuatu yang aneh.
Mengungkapkan isi hati pada si dia memang berat apatah lagi jika kita pemalu atau tiada pengalaman.
Petua berikut mungkin membantu mengungkap isi hati:

Rancang dengan matang
Kita perlu strategi dan latihan dalam segala aspek apabila mahu mengatakan cinta pada si dia.
Untuk mengungkapkan cinta tidak boleh sebarangan sebaliknya, lihat tempat dan waktu yang sesuai. Jangan seberbuat demikian ketika dia ada tetamu.

Kenali si dia dengan baik
Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.

Ungkapkan cinta dengan sesuatu
Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya.
Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.

Cari waktu dan tempat romantis
Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang romantis.

Ungkapkan cinta secara langsung
Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

Jika berani, ungkapkan cinta di depan umum
Ini hanya berlaku untuk mereka yang bermuka tebal atau muka tembok saja.

Siapkan mental
Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.

Doa sebelum mengungkapkan cinta
Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh.
Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

Baca Seterusnya →

13 Cara Mudah Utk Kosongkan Fikiran Yg Berserabut

September 14, 2009

Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang [...]

Baca Seterusnya →

Puisi : Wanita

September 14, 2009

Ahmad Bin Mohamed Yusoff
Wanita…….
Diraut wajahmu penuh kelembutan
tutur bicaramu penuh hikmah
langkahmu seiring dengan lelaki
dalam menengak kalimah Allah…..
Senyummu dalam perjuangan
tidak pernah utuh walaupun
menghadapi tomahan manusia
yang tiada tahu beriman
pada yang maha esa……..
Titipan seribu demarga
menghiasi sifat budi
perkerti, kalaulah
siti khadijah
penyeri baginda bila
suamimu di cerca dan
di hina dalam masyarkat
yang jahil…..
Tiada siapa yang boleh
mendampinggimu,ketabahan
dan kesabaran yang jitu
yang lahir dari dalam
jiwamu…..
Ikatan yang teguh [...]

Baca Seterusnya →

Puisi untuk sahabat

September 14, 2009

chris
tiada hari tiada menit tiada waktu dan tiada pula satu patah kata terucap……
kini kau telah terbujur kaku di selimuti selembar kai putih tanpa noda sedikit pun yg melekat……
hanya doa - doa yg kan selalu terdengar …. mengiringi setiap jengkal tidur mu yangyg lelap….
tempat tidur mu adalah singgah sanah beralaskan tanah merah yg begitu sunyi [...]

Baca Seterusnya →
</