10 Selebriti Dunia Paling Gila Bershopping

Kebanyakan wanita beranggapan bahawa berbelanja merupakan cara terbaik untuk melepaskan tekanan atau depresi diri yang dialami. Mereka menghadapi kesulitan dalam mengawal nafsu untuk berbelanja. Mereka akan membeli apa saja yang mereka lihat, menghabiskan waktu terluang serta wang untuk barang yang kemungkinan besar mereka tidak perlukan. Dalam bahasa perubatan, gejala ini disebut ‘Compulsive Shopping Disorder’. Dan beberapa selebriti di bawah ini adalah shopaholic sejati. Siapakah mereka?
1. Katie Holmes


Wanita ini merupakan artis yang sering berbelanja pada masa lapangnya. Namun, yang menariknya,aktres cantik ini tidak menghabiskan banyak wang untuk  dirinya sendiri sebaliknya beliau lebih gemar membeli pakaian, kasut, dan aksesori untuk anak perempuannya Suri, yang masih berusia 4 tahun. Nilai isi almari pakaian gadis kecil ini dijangka hampir mencapai 3 juta dolar, tetapi ibunya tetap belum  mahu berhenti berbelanja untuk anaknya. :teruja:  best kalo aku ada mak camtu ek??

2. Britney Spears

Penyanyi ini beranggapan bahawa berbelanja membantunya menghilangkan tekanan yang dialami. Dengan mudahnya Britney masuk ke mana-mana kedai dan membeli semua barang yang disukainya. Misalnya,7 pasang kasut Gucci. Jenama kegemaran Britney antara lainnya adalah Bebe, Armani Exchange, dan Rampage. Namun, kadang-kadang beliau juga melawat The Gap untuk barang-barang yang lebih murah. Sebenarnya Britney tak selalu peduli akan tempat berbelanjanya. Di mana-mana beliau berada, beliau percaya yang beliau akan lebih menikmati proses berbelanja.

3. Victoria Beckham

Isteri pemain bola sepak terkenal David Beckham ini menghabiskan sekitar $ 150 ribu setahun hanya untuk memenuhi isi almari pakaiannya. Walaupun Victotia sendiri merupakan seorang pereka fesyen, namun beliau selalu membelanjakan isi poketnya untuk membeli karya pereka fesyen lain. Dan yang menghairankan, personaliti Spice Girls ini tidak hanya membeli pakaian saja, tetapi juga mengumpulkan koleksi beg tangan nya sendiri (termasuk 30 beg Birkin), high heels, topi, dan juga perhiasan.

4. Paris Hilton

Selebriti kontroversional ini mengatakan kepada awam beberapa kali bahawa dia tidak pernah memakai baju yang sama untuk dua kali. Jadi, bayangkan saja berapa banyak baju, kasut, dan aksesoris yang beliau miliki. Gosip terbaru, pewaris hotel Hilton ini menghabiskan sekitar 25-30 jam seminggu untuk berbelanja baju dan juga aksesori bagi dirinya sendiri.

5. Cameron Diaz

Pelakon cantik ini membeli sesuatu, pulang ke rumah, dan tidak membuka ber shoppingnya  selama berminggu-minggu. Beberapa pakaian yang dia beli bahkan belum pernah dipakai sama sekali. Cameron hanya menyukai proses berbelanjanya saja. Beliau berpendapat bahawa beliau perlu untuk menambah koleksi baru ke almarinya setiap kali berbelanja.

6. Celine Dion

Diva ini gemar memandu Roll-Royce tika berbelanja kerana mempunyai ruang yang lapang untuk barang belanjaannya. Barang yang menjadi obsesinya adalah kasut. Koleksinya sekarang mencapai 3000 pasang yang teorinya bererti ia dapat berganti kasut 8 kali dalam sehari. WOW!

7. Lindsay Lohan

Gadis ini tidak hanya bermasalah dengan ubat-ubatan terlarang, alkohol, dan memandu dalam keadaan berbahaya. Beliau juga mempunyai masalah dengan berbelanja. Lindsay menyukai tabiat berbelanja lebih dari apapun dalam hidupnya. Lindsay bahkan pernah menghabiskan $ 20 ribu dalam 2 minit saja. hmmmhhh..membazir..

8. Jennifer Lopez

Penyanyi seksi ini mengakui bahawa memiliki baju dan kasut baru setiap kali selepas berbelanja merupakan 1 daripada obsesinya. Beliau tidak boleh berhenti membelinya kerana beranggapan ini boleh menyokong penampilannya untuk menjadi lebih menarik.

9. Sarah Jessica Parker

Kemungkinan watak yang dimainkannya di film SEX AND THE CITY mempengaruhinya untuk menjadi shopaholic. Namun beliau mengakui bahawa selalu tidak dapat merealisasikan hasratnya untuk membeli-belah. Beliau cuba untuk berhati-hati dengan wang. Pelakon cantik ini obsesi dengan kasut kerana dulu ibunya tidak pernah mampu untuk membeli dua pasang kasut untuknya dalam setahun. Sekarang beliau mempunyai sekitar 100 pasang kasut yang harganya berkisar dari $ 300 sampai $ 1000.

10. Gwen Steffani

Tidak seperti shopaholic lain, vokalis No Doubt ini lebih sering berbelanja di kedai bekas dan membeli barang yang dapat ditukar sendiri. Namun, Gwen juga gila membeli-belah seperti shopaholic lain. Beliau juga sangat menggemari rancangan Vivienne Westwood.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “10 Selebriti Dunia Paling Gila Bershopping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge