Angelina anak halal ke haram??

:teruja:

Korang ada tonton Melodi siaran Ahad lepas tak..?? Ala gosip tentang Si Angelina anak siapa tu lah..?? Nak tau, gadis tersebut adalah anak Watie Elite. Memang sah gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.

Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.

Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya  tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya (kakak Watie), dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya di halang oleh mereka.

Kata abang ipar Watie Elite lagi, ibu angkat kepada Angelina ini bermotifkan duit apabila mendedahkan hal ini. Kata abang ipar Watie Elite, ibu angkat Angelina kini adalah seorang ibu tunggal dan kesempitan wang. Jadi mereka menggunakan Angelina untuk mengugut Watie. Tetapi Watie Elite tidak mahu memberikan wang kepada ibu Angkat Angelina. Padahnya, ibu angkat Angelina keluar berjumpa media untuk menjatuhkan nama Watie Elite.

Untuk makluman, Watie telah pun berjumpa dengan anaknya 2 bulan yang lepas. Dan Watie telah berjanji untuk membawa anaknya untuk tinggal bersama di Kuala Lumpur selepas segala urusan kerjanya selesai. Namun entah mengapa tiba-tiba si ibu angkat Angelina ini keluar di Melodi walaupun telah bersetuju ketika berjumpa dengan Watie Elite.

Kami tak nak cakap banyak-banyak. Yang penting anak halal ataupun anak haram, Watie kenalah menjaga si Angelina. Lagi-lagi kalau anak halal. Darah daging sendiri tue. Semoga hal ini dipermudahkan untuk Watie. Info sebenar dari ManggaOnline.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Angelina anak halal ke haram??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge