Arja Lee mahu jadi penyanyi

Pelakon filem …. Dalam Botol, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli bakal muncul dengan sebuah single tidak lama lagi.

Lagu itu diberi judul Cerita Pada Mereka, lagu ciptaan komposer Keroz Nazri.

“Single itu bukan kerana syok sendiri tetapi dilakukan atas keyakinan sendiri apatah lagi bermulanya saya dalam dunia hiburan adalah sebagai seorang penyanyi.

“Untuk lagu itu pun saya sudah melakukan yang terbaik dengan rencah bukan melakukan apa yang kita sendiri suka, tetapi apa yang orang mahu,” kata Arja Lee.

Bidang nyanyian bukan asing buat Arjee Lee kerana sebelum ini dia pernah menyertai rancangan realiti Gangstarz dan Akademi Fantasia 6.

Arjee Lee juga pernah telibat dalam beberapa pementasan muzikal di Istana Budaya. Walaupun sibuk dengan single pertamanya itu, Arja juga sedang mencari bahan untuk hasilkan 2 buah lagu lain.

Gambar Arja Lee kredit kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge