Beckham vs Ronaldo

Bintang bola sepak dunia,David Beckham dan Cristiano Ronaldo sememangnya mempunyai minat yang sama iaitu mempunyai koleksi kereta mewah,dan baru-baru ini mereka dikatakan mahu membeli kereta Aston Martin DBS yang digunakan aktor Daniel Craig di dalam filem James Bond “Quantum Of Solace”.

Kereta tersebut adalah sebahagian daripada barang yang akan dilelong untuk tujuan amal.Kereta tersebut dijangkakan bakal dijual dengan harga bidaan bermula £100 ribu atau sekitar (RM497 ribu).Salah seorang sumber memberitahu akhbar Daily Star,

“Becks sememangnya seorang peminat Bond dan dia memang mahu memiliki kereta yang digunakan di dalam filem tersebut,” kata sumber itu.

Walaubagaimanapun,bukan Beckham sahaja yang menginginkan kereta tersebut.Bintang bola sepak sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo turut mempunyai keinginan untuk membeli kereta yang sama.

“Ronaldo juga mempunyai minat yang sama dengan Beckham,jadi pastinya kedua-dua mereka akan berperang dalam membida kereta tersebut,” tambah sumber itu.

Hasil jualan kereta tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan amal di Barnando.Bekas kapten England sebelum ini telah mempunyai koleksi-koleksi kereta mewahnya seperti Cadillac,Porsche,Range Rover,Bentleys dan Hummer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge