Betty Benafe Bakal Berkahwin 8 Disember 2012.

Pelakon dan penyanyi,Betty Benafe bakal menamatkan zaman solo pada 8 Disember 2012 ini bersama jejaka pilihan kacukan Inggeris,Lubnan,Bruce Dargus.

Pasangan ini mula dilihat tampil di khalayak umum ketika majlis perkahwinan pelakon Ana Dahlia sekitar hujung tahun lalu dan dikhabarkan mereka kini bersedia untuk perkahwinan sendiri.Betty Benafe berkata kehadiran Bruce Dargus dalam hidupnya merupakan doa yang dimakbulkan ketika menunaikan umrah dan mereka sudah pun bertunang pada 14 Jun lalu.

Majlis pernikahan mereka dengan tema Arab akan berlangsung di kediaman keluarga Betty Benafe di Johor serta persiapan untuk majlis sudah pun siap lebih 50%.

Selepas itu, majlis resepsi bakal berlangsung di Danga Bay Convention Centre,Johor Bahru pada 12 Disember 2012 yang hanya akan menjemput 100 tetamu.Tahniah diucapkan kepada mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge