Drama Bicara Hati

>> Like Fanpage Drama Bicara Hati <<

Sebuah lagi drama arahan Osman Ali akan mula bersiaran tidak lama lagi. Filem yang diarahkan beliau baru-baru ini telah berjaya mengutip jutaan ringgit. Filem tersebut yang berjudul ‘Ombak Rindu’ hasil adaptasi novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari masih lagi mendapat sambutan walaupun sudah dua minggu ditayangkan.

Drama terbaru yang akan ditayangkan ini merupakan satu lagi adaptasi sebuah novel nukilan Damya Hanna. Tahniah buat Pengarah berbakat ini yang berjaya menyuntik semangat pembaca novel. Jika dalam Filem Ombak Rindu, Osman Ali memilih Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani sebagai watak utama tetpi berlainan dengan Drama Bicara Hati kali ini kerana pelakon utama yang bakal menerajui drama cinta ini adalah Sharnaaz Ahmad dan Cristina Suzanne Stockstill.

Tarikh Tayangan Drama Bicara Hati

Bagi peminat novel Bicara Hati ini sedah tentu merasa tidak sabar menanti rancangan ini dikeluarkan. Tarikh sebenar keluarnya rancangan drama ini masih belum dipastikan. Akan tetapi terdapat dua tarikh berbeza iaitu mingu depan 20 Disember 2011 dan tarikh 3 Januari 2012.

Menerusi pelakon utama drama ini, Sharnaaz Ahmad melalui laman twitternya, drama ini akan mula bersiaran 20 Disember ini.

Drama Bicara Hati

Drama Bicara Hati

Walau apa-apa pun, kita nantikan sahaja siaran rancangan drama ini nanti. Rancangan ini bakal disiarkan menerusi saluran 105 Astro Prima pada jam 9 malam. Ini merupakan salah satu gambar Tengku Syahran dan Zahlia dalam Drama Bicara hati.

Drama Bicara Hati

Drama Bicara Hati

Untuk mendapatkan lebih banyak gambar-gambar menarik dan terkini Bicara Hati, boleh ke page Drama Bicara Hati . Kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan gambar-gambar Filem Ombak Rindu boleh melawat ke Ombak Rindu.

 

**  Tarikh Tayangan Drama Bicara Hati akan diupdate untuk memberikan tarikh sebenar  tayangan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Drama Bicara Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge