Fara Lee Pikat Hati Ally Iskandar

Fara Lee dan Ally..ada keserasian dalam padanan nama tersebut. Seserasi yang empunya nama. Syukur Alhamdullilah kita panjatkan pada Allah yang Maha Berkuasa kerana telah menetapkan hati seorang lagi hambanya untuk mendirikan rumah tangga. Sepertimana semua telah sedia maklum, Ally Iskandar, seorang selebriti dan pengacara terkenal telah mengumumkan bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis istimewa yang juga merupakan seorang pelajar yang menuntut di sebuah universiti di Korea pada 20 Januari nanti.

Maniskan buah hati Ally nie. Hubungan cinta merpati dua sejoli ini bermula selepas keluarga Ally mengesyorkannya untuk dia berkenalan dengan gadis berkenaan terlebih dahulu, tambahan pula mereka sama-sama berasal dari Terengganu iaitu tempat kelahiran Ally Iskandar. Mereka berhubung melalui Facebook terleboh dahulu memandangkan si gadis nun jauh di rantau orang dan hanya bertemu apabila Fara pulang ke Terengganu untuk bercuti.

Setelah menemui sendiri tuan punya badan, Ally memutuskan bahawa dialah sang ratu yang bakal menghuni singgahsana hatinya buat seumur hidupnya. Apapun, kita doakan All The Best buat Ally dan Fara Lee dan moga kekal ke anak cucu. :teruja:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Fara Lee Pikat Hati Ally Iskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge