Kontroversi Babak Drama Kau Yang Terindah

Drama arahan Erma Fatima,Kau Yang Terindah telah menimbulkan kontroversi dimana episod terakhir drama itu menunjukkan babak berpegangan tangan dan tidur sebilik yang berlaku di Tanah Suci Mekah.Ramai penonton yang melahirkan rasa kurang senang kerana pelakon yang tiada hubungan apa-apa melakukan perkara tersebut di Mekah.

Walaupun watak kedua pelakon dalam drama itu adalah sebagai suami isteri tetapi hakikatnya mereka bukan muhrim dan adalah tidak wajar adegan sebegitu boleh diterima oleh segelintir umat islam.

Erma Fatima seharusnya lebih peka terhadap situasi sekeliling dimana kita adalah sebuah negara islam dan pastinya adegan sebegitu akan menimbulkan pelbagai persoalan.

Namun Erma Fatima selaku pengarah drama Kau Yang Terindah segera menafikan penggambaran babak tersebut berlaku di sana.Menurut Erma,kesemua adegan tersebut di rakam sepenuhnya di Kuala Lumpur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge