Linda Onn Malu Digelar ‘Bengong’.

“Dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh Tengku Mahkota,Perdana Menteri dan isteri,Menteri Besar,kenamaan dan jemputan yang lain saya telah dipanggil ‘bengong’ dan dia(pelawak) telah menunjukkan jari kepada saya dan mengarahkan saya turun dari pentas”.

Menurut Linda,ini adalah kali pertama dia mengalami insiden yang diakuinya sebagai sangat memalukan,beliau terkejut apabila diperlakukan sedemikian di khalayak ramai.

“Saya kurang jelas mengenai maksud sebenar dia berbuat demikian,namun begitu bagi saya dalam keterujaan berlawak masih ada batas dan etikanya.Ketika di panggil demikian saya tergamam,dan tidak tahu apa yang perlu saya buat”.

Kata Linda Onn lagi, “Ini bukan pertama kali saya berkongsi pentas dengan pelawak.Walaupun mereka ada ‘lesen besar’ untuk berlawak tetapi sesama pelawak mungkin mereka sudah arif dengan cara masing-masing.Tetapi sebagai pengacara saya kurang selesa apabila digelar sedemikian rupa,”

Sebelum ini Linda pernah mengacara bersama pelawak lain seperti Saiful Apek,Zizan,Sharifah Shahira dan Sepah namun dia tidak pernah mengalami situasi yang memalukan dirinya.Baginya jika mengadakan persembahan terbuka,pelawak serta pengacara harus tahu etika dan had beraksi di atas pentas.

“Mungkin bagi pelawak tersebut, ia merupakan satu senda gurauan atau cara mereka berinteraksi.Saya pun tidak menuntut dia memohon maaf tetapi sedikit terkilan dan rasa dimalukan di hadapan tetamu yang hadir.Pasangan pengacara saya ketika majlis tersebut berlangsung juga terkejut namun kami hanya meneruskan tugas kami,”jelasnya yang nyata kesal diperlakukan sedemikian.

Linda juga berkata,sebagai individu yang sudah lama mengacara dia berharap para pelawak atau sesiapa sahaja yang bertindak melakukan persembahan terbuka bersikap lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge