Little Bastard James Dean Berpuaka

Seluruh dunia telah digemparkan dengan kematian pelakon sensasi Hollywood, James Dean pada 30 September 1955. James Dean terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan kereta Porcshe Spyder 550 milik beliau yang bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan di Lebuh Raya berhampitan Cholame, California. Selepas kematian James Dean, kereta Porcshe yang mendapat jolokan LITTLE BASTARD itu dibeli oleh seorang peminat kereta bernama George ‘King of Customizing’ Barris.

Semasa  ditunda, kereta itu telah tergelincir dari ikatan lalu menghentam mekanik yang berada di belakang trak tersebut. Kaki mekanik tersebut patah. Barris menjual bahagian-bahagian kereta Porcshe separuh remuk itu kepada dua orang doktor iaitu Dr. Troy McHenry dan Dr. William Eschrid yang juga pemandu kereta lumba amatur. Semasa berlumba, kedua-dua doktor tersebut terlibat dalam nahas bersama seorang lagi pemandu yang turut membeli batang syaf LITTLE BASTARD  dpd Barris. Dr. William mati di tempat kejadian manakala Dr. Troy pula cedera parah.Begitu juga yang terjadi kepada tayar Porcshe James Dean yang dibeli oleh seorang pemuda.Dua buah tayar tersebut pecah pada masa yang serentak dan hampir mengakibatkan pemuda itu maut dalam nahas jalanraya. George Barris merasakan bahawa LITTLE BASTARD membawa sial lalu dia memutuskan untuk tidak mahu lagi menjual mana mana bahagian Porsche itu kepada sesiapa.Tidak lama kemudian, pihak berkuasa pengangkutan jalanraya mengambil kereta yang separuh remuk itu untuk dijadikan bahan pameran di sekolah-sekolah.

Semasa  dalam rangka lawatan ke sebuah sekolah tinggi di Sacramento, bahagian badan kereta itu tiba-tiba  terjatuh dan menghempap paha seorang pelajar sehingga patah dan pelajar berkenaan terpaksa dikejarkan ke hospital. Kereta tersebut disimpan di dalam garaj selepas insiden berkenaan namun tidak lama kemudian semasa berada di dalam garaj, satu kebakaran yang tidak diketahui puncanya telah berlaku. Anehnya, kesemuakereta yang berada dlm garaj tersebut terbakar namun LITTLE BASTARD tidak terjejas langsung. PorscheSpydermilik James Dean diusung lagi, kali ini dibawa pulang ke Salina, California dengan sebuah treler. Badinya masih kuatdan kali ini menghentam seorang pemandu sehingga terbunuh selepas ikatan penyambung tertanggal daripada bahagian treler berkenaan. Beberapa lagi kemalangan kecil berlaku ketika kereta tersebut dibawa ke Miami, Florida. Semasa dipamerkan, satu lagi kejadian aneh berlaku apabila kereta itu berderai kepada 11 bahagian tanpa sebarang sebab.

George Barris membuat keputusan untuk mengambil semula kenderaan miliknya itu. Kesemua bahagian kereta yang terpisah itu dikumpulkan lalu dibungkus ke dalam beberapa kotak dan dibawa menaiki keretapi ke California. Anehnya, kesemua kotak yang mengandungi bahagian LITTLE BASTARD ghaib begitu sahaja tanpa dapat dikesan sebaik sahaja sampai di California.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments