Maya Karin Tekad Contohi Watak Izzah

Renungan mata menggambarkan betapa hatinya dalam kesengsaraan ketika itu. Konflik jiwa aktres jelita, Maya Karin Roelcke, 32, dilihat begitu mencengkam emosi, lantas terbias dalam filem Ombak Rindu arahan Osman Ali. Tidak hairanlah, hampir kebanyakan penonton yang menyaksikan filem Ombak Rindu adaptasi novel tulisan Fauziah Ashari itu menitiskan air mata.

Entry lain berkenaan Ombak Rindu :

Lakonan Maya sebagai Izzah terlalu mendalam emosi sehingga tidak kira lelaki mahupun wanita mengalirkan air mata, malah ada yang terbuai dengan esak tangis di pawagam. Maya berjaya meletakkan dirinya sebagai Izzah, gadis kampung naif yang terperangkap di lembah hina biarpun hatinya tidak rela. Apabila bebas, Izzah diuji lagi apabila rumah tangganya turut dilanda badai. Mungkin sama dengan kehidupan peribadinya, Maya dan Izzah, dua-duanya menghadapi konflik rumah tangga.

Filem Ombak Rindu terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Tarantela Pictures Sdn Bhd menggandingkan Maya bersama pelakon kegilaan ramai, Aaron Aziz. Selain Maya dan Aaron, filem itu turut dibintangi Lisa Surihani, Bront Palarae, Zaidi Omar, Julia Ziegler, Normah Damanhuri, Nadia Nisaa dan Kamarool Yusof.

Gadis kacukan Melayu-Jerman itu mengakui filem ini terlalu berat, cabarannya dari awal hingga ke akhir cerita. Apatah lagi ketika penggambaran dijalankan, dirinya berdepan dengan konflik rumah tangga dan isu perceraian.

Maya Karin Tekad Contohi Izzah

“Saya kuat ketika itu kerana Izzah. Jiwa Melayu Izzah melekat pada diri saya yang secara kebetulan berdepan dengan masalah peribadi ketika itu. Bukan kerja mudah, saya mengambil masa tiga minggu untuk mencari jiwa Izzah, akhirnya dengan bantuan pengarah dan Ellie Suriaty selaku guru lakonan, jiwa Izzah meresap dalam diri saya.

“Izzah meresapkan semangat baru dalam diri saya. Hidup kena sentiasa reda dan berserah kepada Allah SWT. Hikmah yang terbesar, saya dapat melepaskan segala keluh resah selama ini dalam lakonan. Izzah juga menjadikan saya seorang yang sentiasa berfikiran positif. Saya dapat rasai kesakitan Izzah, ia lebih teruk daripada penderitaan saya.

“Walaupun penat menangis kerana filem ini mencatat rekod paling banyak adegan air mata. Tidak dinafikan, ia memenatkan kerana perlu menangis hampir setiap masa dan mengekalkan mood yang sama tapi kepuasannya datang kemudian.

 

**Maya Karin Tekad Contohi Watak Izzah setelah berlakon sebagai Izzah di dalam filem Ombak Rindu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge