Mizz Nina Bersuara Mengenai Persembahan Hari Arthur.

Berikutan persembahan Hari Arthur yang dikecam hebat kerana mendapat penajaan dari syarikat minum keras,penyanyi Ning Baizura telah menarik diri daripada acara tersebut.Kini tinggal isteri kepada penyanyi kumpulan Hujan iaitu Mizz Nina yang tetap akan meneruskan persembahan beliau kerana ini adalah tahun ketiga beliau terlibat dalam persembahan ini.

Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras,penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.

“Persembahan yang akan berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.Untuk majlis itu,saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja.Tidak lebih dari itu.Pada persembahan sebelum ini,saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.”

“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu,” katanya lagi.

“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu.Tapi,kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan.Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini.Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin.Sejujurnya,saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge