Model Dikecam Bergambar Di Lokasi Kemusnahan Sandy.

Gambar pertindihan imej menunjukkan Gouvea menyaksikan peristiwa seorang sami Buddha membakar dirinya di Vietnam pada 1963.

Model terkenal Brazil,Nana Gouvea,30,diselar oleh pengguna internet kerana bergambar di beberapa lokasi yang musnah akibat taufan Sandy.Gouvea yang pernah menghiasi majalah Playboy memuat naik beberapa keping gambar tersebut di laman Facebooknya.

Beberapa gambar itu menunjukkan dia bersandar pada sebatang pokok tumbang dan berdiri di atas kereta-kereta yang musnah di sini.Gambar-gambarnya mencetuskan bantahan pengguna internet malah portal hiburan Gawker.com mempersendakan model tersebut.

“Bencana alam memberikan peluang baik untuk keluar dan bergambar dengan menampilkan pelbagai aksi dan gaya,”kata seorang pengguna internet secara sinis.

Sebuah lagi laman Facebook yang dinamakan Nana Gouvea in Disasters turut mempersendakan model berambut hitam itu.Laman web itu memaparkan beberapa gambar pertindihan imej yang menunjukkan imej Gouvea dalam beberapa peristiwa tragis seperti kapal Titanic karam dan perbuatan seorang sami Buddha,Thich Quang Duc yang membakar dirinya di Vietnam pada 1963.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge