Pengarang Majalah Denmark Tidak Kisah Disaman Keluarga Diraja Britain.

Rasanya baru dua minggu lalu dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel Kate Middleton,isteri kepada Putera William.Kini timbul pula masalah yang sama dan kali ini majalah gosip Denmark,Se og Hør telah menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence,Perancis.

Gambar yang disiarkan kali ini lebih teruk kerana ia menunjukkan Kate tanpa seluar dalam.Gambar yang memalukan itu disiarkan majalah terbabit selepas ia mengiklankan janji untuk menunjukkan isteri William berbogel sepenuhnya minggu lalu.

Pengarang Se og Hør,Kim Henningsen memberitahu Belfast Telegraph sebelum ini,

“Ia gambar unik seorang selebriti Kelas A dan kami adalah majalah gossip paling unggul di Denmark dan sudah menjadi tugas saya untuk menyiarkannya.Jika keluarga diraja Britain ingin menyaman,kami terima dan kami akan menanganinya.”


Sebelum ini majalah Closer yang mula menyiarkan gambar separuh bogel Kate sudah menerima arahan mahkamah supaya tidak menyiarkannya lagi.Malah,tiga hakim Perancis mengarahkan majalah itu menyerahkan setiap salinan digital gambar itu serta diarah membayar kos perundangan.

Bagaimanapun,ramai yang menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan tidak bermakna untuk William dan Kate kerana pada ketika itu sudah lebih 500,000 naskhah majalah itu telah dijual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge