Persiapan Majlis Perkahwinan Diserahkan Kepada Pengurus-Apek.

Penjaga gol bola sepak kebangsaan,Khairul Fahmi Che Mat terpaksa menyerahkan soal persiapan perkahwinannya dengan Nur Eilunie Natasha Nazri(Leuniey) Disember depan kepada pengurusnya.Ini semua gara-gara persiapan yang lebih penting perlu diberikan keutamaan iaitu Piala AFF Suzuki.

Apek kini sedang menjalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan berkata,keutamaannya pada waktu ini adalah memberikan tumpuan kepada persiapan Kejuaraan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung dari 24 November hingga 22 Disember.Menurut Apek,dia akan umumkan pada sidang media tarikh perkahwinan selepas Piala AFF tamat.

Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi SimplySiti pada awal tahun ini.Ketika ditanya mengenai hasrat berkahwin pada usia muda,Apek berkata jodoh adalah ketentuan Allah.Manakala Leuniey pula lebih selesa berdiam diri dan menyerahkan soal jawab berhubung majlis perkahwinan itu kepada Apek.Pasangan itu dijangka melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Disember depan atau Januari 2013.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge