Pierre Andre Masuk Tabligh

Pelakon dan penerbit,Pierre Andre sekarang sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama Islam.Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.Setakat ini,sudah empat kali dia keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kerjaya seni,Pierre berkata dia masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama.Paling utama kena masukkan unsur dakwah.Buat masa sekarang dia tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum ini.Jadi,Pierre amat berharap agar orang tidak menilai siapa dirinya dahulu,tapi nilai dirinya ketika ini.

Terkini,dia terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan,selebihnya adalah buat kerja-kerja penulisan.Selain itu,Pierre juga mahu siapkan novel pertama dimana mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam.Ia mengisahkan tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.Apabila ditanya adakah ia kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri.Jawabnya itu pemerhatian yang dilihat selama ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge