Puteri Balqis VS Mia Sara?

image

Sebelum kehadiran Puteri Balqis, Mia Sara dilihat sebagai pelakon cilik yang cukup menyerlah menerusi beberapa filem serta drama lakonannya.

Namun dalam mana-mana bidang sekali pun, pasti akan ada muka baru sebagai pelapis dan kehadiran mereka wajar daripada sudut positif kerana akan meningkatkan saingan sihat dalam industri.

Cuma tatkala Puteri Balqis dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada majlis Anugerah Skrin (ASK) 2014 di TV3, timbul pula pelbagai cerita yang dilihat seperti cuba melaga-lagakannya dengan Mia.
Mia dikatakan tidak menegur atau bercakap dengan Balqis ketika mereka terbabit dengan projek lakonan bersama namun tiba-tiba Mia mengeluarkan kenyataan kononnya mengagumi Balqis kerana kejayaan sulungnya itu.

download

Benarkah mereka sebenarnya tidak sebulu? Pertemuan empat mata dengan Balqis baru-baru ini ketika hadir ke Istana Budaya untuk pratonton drama Takhta 3 Ratu arahan Erma Fatima, dia ditanyakan mengenal hal berbangkit. Namun Balqis enggan mengulas lanjut.
“Saya tak ada nak komen apa-apa mengenai ini. Belum masanya lagi dan tak ada apa yang perlu dipanjangkan pun,” ungkap Balqis seakan memberi jawapan selamat. http://www.therylisanurulain.blogspot.com

Kejayaan Balqis di ASK 2014 tidak langsung mengubah dirinya. Malah dia kini juga begitu teruja untuk ke Singapura kerana namanya dicalonkan di peringkat Asia untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik bagi Asian Television Award 2014.Acara itu akan berlangsung 11 Disember ini.

“Masa terbabit dengan kerja alih suara filem animasi Despicable Me 2, saya ada berkenalan dengan pengurusan HBO. Mungkin ruang ini dapat saya manfaatkan untuk suai kenal bersama mereka.

“Untuk anugerah di Singapura itu nanti, saya tak tahu nak cakap apa lagi. Pencalonan itu sudah satu kejayaan untuk saya. Kalau boleh saya nak menang lagi dan capai kejayaan untuk peringkat lagi tinggi. Teruja itu semestinya,” katanya.

Ketika ini Balqis tengah berehat daripada sebarang penggambaran. Drama lakonan terakhirnya berjudul Qish Qish Qish untuk siaran Astro. Februari depan, Balqis akan ke set penggambaran drama arahan Michael Ang.

“Saya sudah beberapa kali berlakon dengan produksi Michael Ang. Lebih kurang lima ke enam kali macam itu. Kali ini saya akan menjadi pelacur kanak-kanak. Drama ini mengenai pemerdagangan manusia,” katanya.

Pada kesempatan bertemu dengan Balqis, dia tidak lupa menitipkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada pengarah telefilem Balqis iaitu Erma Fatima dan tenaga kerja terbabit. Malah Balqis juga tidak menganggap dirinya sudah cukup baik biarpun sudah diiktiraf.

“Saya belum rasa diri ini pelakon terbaik. Masih jauh lagi perjalanan saya. Saya nak kejar cita-cita ke Hollywood pula kalau ada peluang ke sana,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge