Sapa Cakap Jackie Chan Mati?

Baru-baru nie ada jugak terdengar isu hangat yang sedang hangat dibincangkan di Twitter dan Facebook dimana banyak yang mendakwa bahawa bintang kung fu terkenal, Jackie Chan telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Berita kematiannya itu juga sempat ditulis di dalam biografinya di wikipedia. Namun, beberapa jam selepas itu ianya dihapuskan setelah kenyataan tersebut didapati palsu.

Isu tersebut hanya surut apabila Jackie Chan sendiri yang mengesahkan dirinya masih sihat walafiat dan kini sedang giat menyiapkan filem terbarunya di samping sempat menghadiri beberapa acara amal melibatkan mangsa korban Tsunami Jepun.

Tidak diketahui bagaimana berita mengenai kematian palsu Jackie Chan tersebut boleh tersebar namun yang pastinya semuanya hanya fitnah semata-mata. Jadi, jangan percaya ek..??

p/s : kepada yang suka menyebarkan fitnah tu, ingatlah bahawa fitnah lebih teruk daripada membunuh,,renung-renungkan dan selamat beramal..! ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Sapa Cakap Jackie Chan Mati?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge