Siti Nurhaliza Buat Persiapan Untuk Konsert Solo.

Gara-gara hanya menjemput para wartawan,pereka fesyen dan juga jurusolek untuk berkumpul di rumahnya yang terletak di Bukit Antarabangsa,Kuala Lumpur,pelbagai cerita yang terkeluar mengenai Datuk Siti Nurhaliza.

Antara andaian yang muncul adalah penyanyi nombor satu ini bakal mengumumkan kehamilan,tidak kurang juga yang membuat tilikan bahawa Siti bakal menerima menantu.

Semua pertanyaan akhirnya dijawab oleh Siti sambil dia sendiri duduk semeja menjamah makanan dengan para jemputan.Sebenarnya tiada langsung cerita panas,semuanya berkait kerjayanya dan yang penting dia sedang dalam pantang makan untuk persiapan menjayakan konsert solonya yang bakal dilangsungkan di Bukit Gambang City Resort,Kuantan pada 9 November ini.

Sebelum itu,Siti sempat menjawab persoalan tentang anak teruna Datuk Khalid Muhammad Jiwa iaitu Ashraf yang bersemuka dengan aktres Rozita Che Wan.Ashraf bertemu dengan pelakon jelita tersebut secara peribadi di sebuah majlis tertutup untuk mendapatkan kepastian benarkah janda bergetah tersebut mahu mengahwini bapanya yang popular dikenali sebagai Datuk K.

“Saya tahu mengenai perkara itu daripada rakan.Suami pun baru sahaja tahu tentang hal itu pagi tadi(Khamis). Saya faham yang Ashraf tu masih budak lagi.Dia hanya bergurau saja.Saya tidak kisah pun.Sebab budak-budak,biasalah darah panas.Tak ada apa-apa yang serius pun,” ujar Siti memberi penjelasan.

Buat masa sekarang,seluruh perhatian Siti hanya tertumpu kepada persiapan konsert solonya yang bakal diadakan di negeri kelahirannya.Malah untuk konsert tersebut,Siti mengaku sudah mula berpantang dan memulakan senaman yang konsisten untuk menurunkan berat badannya daripada 58 kilogram kepada 55 kilogram.

“Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum saya membuat persembahan di dalam konsert solo kedua ini nanti.Banyak persiapan yang saya perlu mulakan dari sekarang terutama sekali saya mahu kembali cergas dengan bentuk badan yang lebih kurus,”jelasnya.

“Terus-terang saya sudah lama rindu untuk beraksi di pentas yang besar dalam konsert solo selepas konsert yang pertama dahulu iaitu Konsert Satu diadakan di Istana Budaya.Kali ini konsert ini akan adakan di luar Kuala Lumpur dan rasanya ia memberi kelebihan kepada peminat bukan saja di Pahang tapi juga di kawasan negeri Pantai Timur,” ujarnya yang sedang memikirkan konsep persembahan bersama penganjur konsert tersebut iaitu Creative Stars.

Persembahan konsert solo kedua terbesarnya itu nanti akan berlangsung selama dua jam di Grand Ballroom Bukit Gambang Resort City dan Siti bakal menyanyikan lebih 20 lagu terdiri daripada lagu pop,balada serta lagu-lagu yang berkonsep tradisional.Siti yang juga sempat memberitahu bahawa dia kini dalam perancangan untuk melancarkan pewangi eksklusifnya sekitar tahun depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Siti Nurhaliza Buat Persiapan Untuk Konsert Solo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge