Skyfall Filem James Bond Terbaik.

Filem terbaru perisik terkenal Britsin James Bond disifatkan terbaik dalam sejarah 50 tahun pembikinannya.Rebiu itu hadir selepas tayangan awal filem Skyfall pada Jumaat lalu.

Pengkritik filem,Robbie Collin dari akhbar The Telegraph menyatakan,Skyfall arahan Sam Mendes sama hebatnya dengan francais filem Batman,Dark Knight arahan Christopher Nolan.Disamping itu ramai penulis akhbar-akhbar di Britain memberikan Skyfall penarafan lima bintang.

Skyfall yang merupakan filem ke-23 dalam francais James Bond akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam di United Kingdom pada 26 Oktober ini,sebelum ditayangkan di Amerika Syarikat(AS) pada 9 November depan.

Ini adalah kali pertama Mendes mengarahkan filem James Bond.Pengarah dari Britain itu pernah memenangi anugerah Oscar pada tahun 2000 untuk filem American Beauty.Sehingga kini,22 buah filem James Bond telah mengutip jualan tiket mencecah AS$5.1 bilion(RM15.5 bilion),jelas The-Numbers.com yang bertanggungjawab memantau prestasi filem-filem box-office.Filem sebelum ini,Quantum of Solace yang ditayangkan pada tahun 2008 berjaya mencatatkan kutipan kasar di seluruh dunia sebanyak AS$600 juta(RM1.8 bilion).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge