Steven Tyler Suka Memakai Baju Perempuan

MELIHAT cara vokalis rock Aerosmith iaitu Steven Tyler, pasti ramai yang kagum dengan gaya uniknya.

Bagaimanapun, anak perempuan Steve, Liv Tyler membocor rahsia bahawa bapanya itu suka memakai bajunya.

“Ia kedengaran agak lucu tetapi memang ayah selalu ‘mencuri’ baju-baju daripada almari saya.

“Ayah memang suka memakai baju perempuan. Kadang-kala saya saja mengusiknya dan berkata, cantik baju ayah,” seloroh Liv.

Bagaimanapun, Liv bangga memiliki seorang ayah seperti Steve kerana walaupun sudah berusia, ayahnya masih lagi ligat dalam industri hiburan Hollywood.

Malah, dia juga rasa seronok apabila Steve menjadi juri program popular American Idol.

“Bagi saya, ayah merupakan seorang lelaki yang hebat. Dia selalu membuatkan saya tertawa dengan perwatakan ‘gila-gilanya’,” ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge