GameNow WP Theme

Dark Light
Suatu Malam Kubur Berasap Best..!!

22 Disember yang lepas, Filem Suatu Malam Kubur Berasap telah ditayangkan secara rasminya di pawagam. Bagi yang belum tengok, haaa,,,nie dia sinopsisnya..Filem ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie rosak dan tersangkut di kampung mereka.

smkb4 Suatu Malam Kubur Berasap Best..!!

Atan (Angah) adalah seorang yang lurus bendul, rajin dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan ‘kapcai’ dan Pet (Asrul) pula pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Mie pula lakonan Zachery seorang lelaki yang kacak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas keretanya rosak di kampung. Mie sudah bertunang dengan Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Watak Siti kemudian muncul menghantui tiga sahabat ini dan timbul pula kisah hantu Cempaka yang mewujudkan rasa seram di kampung itu.

smkb1 Suatu Malam Kubur Berasap Best..!!

Sejak kedatangan Mie, berlakulah perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.

smkb3 Suatu Malam Kubur Berasap Best..!! ain Suatu Malam Kubur Berasap Best..!!

Satu hari, setelah berkongsi cerita mengenai Hantu Cempaka, keempat-empat sahabat itu telah diusik. Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? Kalau tak tengok lagi, moh la sama2 g tengok..best giler beb..!!

smkb2 Suatu Malam Kubur Berasap Best..!!

Bagi salah seorang pelakon yang membintangi filem nie iaitu Along, filem nie adalah satu bentuk hiburan yang tidak hanya menonjolkan elemen seram, sebaliknya mencerminkan kehidupan kampung yang penuh rona.

Ujarnya yang dipetik dari Harian Metro, “Sebaik menerima skrip filem ini, saya sudah dapat membayangkan plot ceritanya yang kelakar dan menyeronokkan. Apabila nama Angah dan Asrul pula disebut turut berlakon, saya sudah mampu menggambarkan perjalanan penggambarannya nanti. Saya sungguh seronok kerana berkumpul semula bersama kawan-kawan dan melakonkan sesuatu yang disifatkan mencabar.”

“Watak Bun yang saya hidupkan adalah seorang kutu rayau kampung yang suka mengganggu gadis kampung dengan motosikalnya. Ada saja yang dilakukan untuk mengurat gadis yang baru pulang dari kerja hingga satu hari, dia terserempak hantu yang disangkanya seorang gadis.”

“Saya sungguh seronok dan yakin ia berjaya memancing selera penonton nanti,” katanya.

Suatu Malam Kubur Berasap sudah mula berasap di seluruh panggung bermula semalam dengan menampilkan barisan pelakon lain termasuk bintang baru, Nurul Ain Nordin, Zami Ismail, Acappan dan Ruminah Sidek. Filem yang diterbitkan Outloud Studios mendapat sentuhan Ernie Chen selaku pengarah dalam filem ini.

pixel Suatu Malam Kubur Berasap Best..!!
Sponsor
   

DAPATKAN UPDATE TERBARU

Update terbaru terus melalui email korang. Terima Kasih atas sokongan korang! Tanpa korang, takde la blog esempoi ni..hehe

Email Korang:

TwitterCounter for @sha_munira  


No comments currently exist for this post.
Leave a Reply:



CommentLuv badge

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »


Sila Tengok Sila Like Fanpage Esempoi
Apesal.com
Latest Comments Login
Hi Stat
Meta