Tom Hanks Puji Aamir Khan.

Aktor Hollywood,Tom Hanks kagum dengan Aamir Khan,aktor Bollywood yang memandang serius terhadap isu kemanusiaan terutamanya mengenai eksploitasi kanak-kanak.Aamir Khan yang menjadi penghias muka depan untuk majalah Times edisi September dipuji sebagai bintang filem dari India pertama yang menjadi seorang aktivis sosial.

“Sudah tentu saya begitu mengagumi apa yang telah dilakukan oleh Aamir.Tidak ramai selebriti yang mahu menggunakan pengaruh mereka untuk melakukan sesuatu perubahan dan apa yang dilakukan olehnya merupakan sesuatu yang luar biasa,” jelas Hanks menerusi laman web digitalspy.com.

Dalam artikel yang diterbitkan oleh majalah berkenaan,Aamir dikatakan telah meningkatkan kesedaran tentang isu sosial menerusi rancangan TV Satyamev Jayate sehinggakan parlimen India telah bersetuju membentuk rang undang-undang baharu berkaitan melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa seksual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge