Yunho TVXQ Muntah Darah.

Dalam sebuah rancangan di saluran KBS 2TV pada minggu lalu,Yunho,ketua kumpulan TVXQ mendedahkan bahawa dia hampir mati setelah terminum minuman yang dibubuh racun oleh seseorang yang tidak dikenali.Yunho memberitahu bahawa kejadian yang berlaku pada 2006 itu sebenarnya tidak pernah didedahkan kepada media.

“Ketika itu saya sedang minum jus oren yang diberikan oleh seseorang yang tidak saya kenali.Saya fikirkan orang itu adalah kru kami.Selepas minum,saya tiba-tiba muntah darah sehingga pengsan,”katanya seperti dipetik daripada portal hiburan Allkpop.

Pada mulanya memang dia berasa sangat marah dengan tindakan lelaki terbabit,tetapi membuat keputusan untuk tidak memperbesarkan perkrta itu.Yunho percaya bahawa kejadian seperti itu merupakan asam garam yang harus dilalui oleh seseorang yang bergelar selebriti.

“Memang marah, tetapi apabila mengetahui bahawa perkara itu dibuat oleh seseorang yang membenci saya dan tidak tenang melihat saya ketawa,saya terfikir bahawa ia adalah asam garam dunia hiburan.Selepas kejadian itu,setiap kali saya dihulurkan dengan jus oren,hati saya akan berdegup laju.Saya jadi tidak tenang,”katanya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge