Tengkorak tergantung di pokok ditemui Sepang

Dilaporkan rangka milik seorang wanita dijumpai tergantung pada pokok di pintu masuk pentadbiran KLIA, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman, tengkorak mangsa tergantung pada pokok manakala rangkanya bersepah di atas tanah. Hasil pemeriksaan mangsa berambut panjang dan memakai seluar jeans serta baju-T.Selain itu pasport milik warga… Read more

Pengsan dirempuh babi

Seorang isteri terkejut apabila mendapat tahu anak dan suami pengsan dirempuh babi. Menurut wanita tersebut Rokiah Ibrahim, 39, dalam kejadian itu suami dan anaknya itu dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang lagi anak mereka ke sekolah berhampiran rumah mereka. Ketika dalam perjalanan pulang itu, tiba-tiba seekor babi meluru keluar dari… Read more

Israel ancam serang Syria

Israel mengancam akan melancarkan serangan terlebih dahulu ke atas Syria. Difahamkan ia adalah sebagai langkah untuk mengelakkan senjata kimia milik Syria jatuh ke tangan kumpulan Al-Qaeda atau Hizbullah di Lubnan. “Jika senjata kimia tersebut jatuh ke tangan musuh, ia pasti akan meningkatkan lagi ketegangan di rantau ini Kami mungkin perlu… Read more

Ganjaran RM60,000 untuk maklumat kes kematian William Yau

Sebelum ini seorang kanak-kanak hilang, ditemui mati di jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang dan punca kematian masih belum diketahui . Sehubungan dengan itu ganjaran RM60,000 ditawarkan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong. Menurut Ketua Biro Khidmat… Read more

Ayam miliki 10 jari kaki

Seorang penternak di Kuala Pilah, Maimon Mohd Zain, 45, tidak menyangka seekor ayam yang dibelanya mempunyai 10 jari kaki. Perkara ini hanya disedarinya apabila dia sering membelai ayam berkenaan dan selepas itu barulah dia perasaan ayamnya itu ada 10 jari kaki. Menurut Maimon dia membeli anak ayam itu daripada peniaga… Read more

Melaka serah BR1M 1 Februari 2013

Kerajaan negeri Melaka akan mula memberikan BR1M 2.0 kepada mereka yang layak mulai 1 Februari 2013 nanti. Mengikut syarat-syarat permohonan BR1M ini pemohon mestilah masih bujang dan berumur 21 tahun ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah. Mereka yang belum memohon masih lagi boleh berbuat demikian…. Read more

Hindraf badan sah, KDN batal perintah pengharaman 2008

Kerajaan telah membatalkan pengharamkan pertubuhan HINDRAF yang dibuat pada awal Oktober 2008.  Kementerian Dalam Negeri telah memaklumkkan perkara ini kepada Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy dalam  satu surat bertarikh 25 Januari 2013.  Salinan surat itu boleh dilihat di website Hindraf. Sehubungan itu HINDRAF kini adalah pertubuhan yang sah di Malaysia…. Read more

Rafizi nafi minta maaf kepada Zahid Hamidi

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menafikan laporan beberapa media sosial mendakwa beliau telah memohon maaf kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sambil menegaskan akaunnya digodam. Menurut Rafizi  kenyataan itu adalah tidak benar serta berniat jahat dan ia direncanakan oleh blog pro-Umno dengan tujuan memfitnahnya dan… Read more

Shahidan Kassim Nafi masuk PAS

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan  yang dia akan masuk PAS. Isu ini timbul gara-gara gambar beliau bersama pemimpin Pas Kedah terpampang pada kain rentang membabitkan program anjuran Pas Kuala Kedah. “Saya tidak hadir Majlis Wacana Ilmu Anjuran PAS Kedah pada malam esok. Saya juga tidak… Read more

Muhyiddin: Projek Langat 2 tetap diteruskan

Ketika berucap di program mesra rakyat 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Dr Abdul Latiff Sabak Bernam siang tadi,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan pusat akan meneruskan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri Selangor. “Kerajaan pusat kata, lulus… Read more