Mahkamah tolak permohonan FAM batal saman Annuar

Hari ini Mahkamah Tinggi di Shah Alam menolak dengan kos permohonan FAM untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berhubung penggantungannya sebagai Timbalan Presiden FAM. Menurut peguam yang mewakili Annuar Musa, Yusfarizal Yussoff memberitahu hakim menolak permohonan tersebut selepas mendapati permohonan yang dibuat oleh anak… Read more

Katak gergasi di Temui

Seorang ahli perniagaan menggemparkan orang ramai di daerah sungai siput apabila dia menunjukan 2 ekor katak gergasi  yang dikatakan ditangkap sekitar kawasan hutan di Gerik, Perak. Katak itu setiap seekor  hampir seberat 2 kilogram dipercayai dari spesis Lithobates Catesbeianus yang didakwa terbesar dan terberat di Malaysia sehingga setakat penemuan ini…. Read more

Mayat ditemui di jeti sah William Yau

Polis mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang malam tadi adalah William Yau, 6, yang dilaporkan hilang di Putra Heights pada 16 Januari lepas. Pengecaman mayat itu dibuat oleh ibu bapa mangsa, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)… Read more

Air Asia tawar diskaun 20 peratus sempena Thaipusam

Air Asia akan menawarkan potongan 20 % diskaun bagi semua penerbangan dari Kuala Lumpur ke 5 destinasi di India sempena hari Thaipusam, tidak lama lagi. Pengguna boleh membuat tempahan daripada Kuala Lumpur ke Bangalore, Kolkata, Kochi, Chennai, Trichy dan sebaliknya dengan diskaun 20 peratus bagi setiap kerusi daripada 25 Januari… Read more

Polis sah Bible B Inggeris tiada kalimah ALLAH

Polis mengesahkan semua Bible yang dirampas dicetak dalam Bahasa Inggeris dan tidak mengandungi kalimah ALLAH seperti dakwaan sesetengah pihak baru-baru ini. “Sebanyak 17 rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati, Bible itu ditulis dalam Bahasa Inggeris dan tiada kalimah ALLAH,” kata  Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim… Read more

Kafa hantar 37 Pemain dan Pengawai tunai umrah, Matyo turut tersenarai

Nama bekas pemain Kelantan musim lepas, Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya yang kini bermain untuk Johor Darul Takzim antara yang turut tersenarai dalam senarai 37 peserta termasuk pemain dan pegawai pasukan yang dihantar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Kerajaan Negeri Kelantan, untuk menunaikan umrah pada Ramadan tahun… Read more

Polis Guna K9 cari Kanak-Kanak hilang

Pihak polis dilaporkan menggunakan khidmat dua anjing pengesan (K9) untuk menjejaki kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, di kawasan bukit dan belukar berhampiran lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu. William Yau dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Seksyen 7, Putra Height , Subang Jaya, Selangor. Selain… Read more

Jambatan kedua Pulau Pinang dijangka siap awal

Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka siap 2 bulan lebih awal daripada tarikh asal. Pembinaan Jambatan kedua ini diuruskan oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) yang ditubuhkan 9 Julai 2008. Sehingga kini, projek pembinaan ini telah siap 90.15 peratus dan dijangka siap pada September 2013 ini. Ilustrasi Jambatan Kedua Pulau Pinang… Read more

Pukauan Pak Arab

Sekumpulan tiga pelancong Arab didapati bergiat aktif menyamun butik atau kedai di Kuala Lumpur menggunakan kaedah pukau. Mereka terdiri daripada seorang wanita berumur 50 an dan 2 orang lelaki. Taktik mereka untuk melakukan jenayah itu ialah berpura-pura memasuki sesebuah premis terutama menjual cenderamata kepada pelancong sebelum berpura-pura membeli satu daripada… Read more

Kelantan temui minyak di KB, akan usaha sendiri

Berita melaporkan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan. Perkara ini akan disahkan tidak lama lagi apabila kerajaan negeri Kelantan bakal melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji kewujudan minyak itu. “Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu… Read more