Pulau Flores yang terletak di Nusa Tenggara semakin terkenal dengan adanya penemuan pelbagai jenis fosil ‘makhluk aneh’ yang semakin hari semakin banyak ditemui di sekitar pulau tersebut. Beberapa tahun sebelum ini, rata-rata negara dunia heboh dikejutkan dengan penemuan biawak raksasa, gajah kerdil, tikus raksasa, manusia hobbit, Homo Floresiensis yang berukuran berkali ganda kecil daripada manusia biasa, dan kali ini, fosil sejenis bangau raksasa yang dikenali sebagai leptoptilos robustus telah ditemui oleh Para ilmuwan dari Muzium Nasional Sejarah Alam Smithsonian, Washington DC dan Muzium Sejarah Alam Jakarta, Indonesia.
Hmm..menarik kan..bangau spesies marabou raksasa ini telah ditemui di sekitar gua Liang Bua di Pulau Flores.
Spesies bangau raksasa ini dipercayai memakan manusia bersaiz mini yang lebih dikenali sebaagi manusia hobbit namun kesahihan kebenaran cerita ini belum dapat dikenalpasti lagi.
