GameNow WP Theme

Dark Light
“kami tidak bawa balik perempuan”-lihat CCTV

Pada Selasa lalu,dua pemain terengganu Ismail Faruqi Asha’ri(pemain tengah) dan Muslim Ahmad(pertahanan) yang didakwa membawa masuk perempuan ke bilik hotel penginapan mereka di Alor Setar pada awal pagi hari perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia menentang Kedah.

Menurut Ismail Faruqi, 25

“Berita itu menggambarkan kami tidak bermoral sedangkan kami tidak bersalah kerana tidak seorangpun perempuan masuk ke bilik kami sepanjang berada di Alor Setar.Kami kini dipandang serong oleh masyarakat dan saya sudah menghubungi peguam untuk berbincang mengenai tindakan undang-undang yang bakal diambil bagi membersihkan nama saya,” katanya.

“Semuanya mudah saja dibuktikan kerana hotel itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan sekiranya pihak tertentu meneliti rakaman itu, sudah tentu mereka tidak akan melihat seorangpun perempuan memasuki bilik kami,” katanya.

Kata Muslim pula dia memang pulang agak lewat malam itu namun dia tidak diiringi perempuan.

“Bukan saya tidak mahu tidur awal tapi saya cedera dan tidak disenaraikan untuk bermain menentang Kedah keesokan harinya, begitu juga Ismail yang demam dan tidak tersenarai.Terkejut kami apabila jurulatih menuduh kami membawa masuk perempuan ketika makan pagi dan meskipun menyangkal semua dakwaan,jurulatih masih mahu kami digugurkan daripada pasukan Piala Malaysia,” katanya.

Tambah Muslim lagi “Berita sebegini menjejaskan imej saya kerana masih bujang dan tidak tahu sejauh mana kesan berita ini ke atas Ismail yang baru saja mendirikan rumah tangga,”.Muslim berharap agar perkara itu diperbetul dan pihak yang terbabit memohon maaf kepada mereka berdua.

xpcZI kami tidak bawa balik perempuan lihat CCTV

pixel kami tidak bawa balik perempuan lihat CCTV
Sponsor
   

DAPATKAN UPDATE TERBARU

Update terbaru terus melalui email korang. Terima Kasih atas sokongan korang! Tanpa korang, takde la blog esempoi ni..hehe

Email Korang:

TwitterCounter for @sha_munira  


1 Comment
Leave a Reply:



CommentLuv badge

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »


Sila Tengok Sila Like Fanpage Esempoi
Apesal.com
Latest Comments Login
Hi Stat
Meta