Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia Lawan Kelab Jepun

Keputusan terbaru dalam siri perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan Malaysia dengan kelab2 di Jepun menyaksikan pasukan Harimau Malaya kalah dengan keputusan 5-0 kepada pasukan tangga ke-11 liga divisyen dua negara itu, Tokyo Verdy. Keputusan ini menuruti keputusan melawan kelab lain sebelum iaitu kalah 2-0 kepada kelab Shimizu S-Pulse 2-0 dan kalah 5-0 kepada kelab Shonan Bellmare .

Apa yang kita boleh simpulkan bagi perlawanan2 ini menunjukkan pemain kita masih belum mencapai tahap pasukan dari negara Jepun. Ini belum lagi lawan pasukan kebangsaan mereka. Selain itu, pasukan negara juga tidak begitu serius dalam bermain perlawanan persahabatan seperti ini. Kalau kalah seperti ni, baik tak payah pergi luar negara. Lawan dalam negara pun ok.

GYI0060406745_crop_450x500

Selain itu, kita juga gagal menjaringkan sebarang gol dan bolos 12 kali. Ini satu statistik yang amat membimbangkan. Adakah jurulatih negara sudah tak ada idea baru untuk pasukan kebangsaan? Jika begitu, baik diberi tugas jurulatih ni kepada jurulatih baru. Mungkin kita boleh melantik jurulatih luar negara yang berpengalaman dan banyak idea.

Apapun, diharapkan pasukan negara dapat menaikkan semula semangat dan mendapatkan semula tahap kecemerlangan sebelum ni semasa menang Piala AFF. Lagipun kita juga juara bertahan bolasepak sukan sea.

Selamat maju jaya..

:-)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge