Semasa perlawanan UEFA Cup antara Athletic Bilbao(Spain) dan Trabzonspor(Turki),salah seorangn penyokong Bilbao cuba untuk mengalih perhatian penjaga gol Trabzonspor,Tolga Zengin dengan melemparkan sebuku roti kepada penjaga gol tersebut.
Tetapi Tolga Zengin telah mengutip roti tersebut dan meletakkannya di dahi.Kemudian beliau memberikan roti tersebut kepada pengawal keselamatan bagi mengelakkan roti tersebut hancur dalam perlawanan itu.
Selepas perlawanan itu,atas permintaan wartawan Eropah,Tolga Zengin yang juga merupakan kapten pasukan Trabzonspor telah mengadakan sidang akhbar bagi menjawab tindakan beliau,
“Tiada apa yg mengejutkan dengan tindakan saya.Apa yg mengejutkan saya ialah apabila melihat sebuku roti telah dilemparkan ke atas padang untuk menyakiti saya sedangkan ramai manusia sedang kebuluran di Somalia”
