Piya – Kapten The Red Warriors

PIYA Badhri Radzi Kapten Kelantan TRW Yang HEBAT!!! Kapten Fantastik.!!! Mungkin itulah ayat yang tepat bagi menggambarkan kehebatan dan pengaruh ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi atau lebih dikenal dengan gelaran Piya… Lahir pada tanggal 2 Jun 1982 di Pengkalan Chepa, Piya mula bermain bola secara aktif sejak berumur 12 tahun. Ketika itu beliau bermain untuk Sekolah Kebangsaan Padang Garong sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putera pada tahun 1995.

Menurut Piya, beliau memang dari kecil mengimpikan untuk menjadi pemain bola sepak… Pada tahun 2002, ketika Piya berumur 20 tahun, beliau telah menyertai pasukan Milo Kelantan sebelum dipanggil menyertai pasukan Liga Simpanan pada tahun 2003 di bawah bimbingan jurulatih Anizan Daud. Pada tahun 2004, beliau telah diserapkan untuk bermain dalam Liga Malaysia. Pada tahun 2005, Piya menyertai pasukan TNB Kelantan selama semusim sebelum menyarung jersi JPS Kelantan pada tahun berikutnya…

su_03_1

 

Selepas beberapa tahun berkelana di negeri orang, akhirnya pada tahun 2008, ketika berusia 26 tahun, Piya telah dipanggil pulang ke Kelantan untuk menyarung jersi merah putih kebanggaan rakyat negeri Kelantan. Ketika itu beliau bermain di bawah bimbingan jurulatih Norizan Bakar dan ketua pasukan ketika itu ialah Khairul Anuar Ramli. Pada tahun itu juga, Piya dan rakan sepasukan berjaya membawa pasukan Kelantan layak ke saingan Liga Super musim 2009… Bermula pada tahun 2009, bermulalah kebangkitan pasukan Kelantan dari zaman malap. Ketika itu, Presiden Tan Sri Annuar Musa telah membawa masuk ketua jurulatih, Peter James Butler dan beberapa pemain baru seperti Khalid Jamlus, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhammad untuk memantapkan lagi pasukan. Dan ketika itu jugalah Badri Radzi telah dipilih untuk mengetuai pasukan Kelantan…

Antara kejayaan yang dikecapi pada tahun 2010 ialah tempat kedua Liga Super dan juara Piala Malaysia 2010. Kenangan itu merupakan kenangan yang paling manis sepanjang karier beliau sebagai pemain bola sepak. “Kejayaan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan merupakan kenangan yang paling manis. Apatah lagi menjulang piala selaku ketua pasukan dan menjaringkan gol kemenangan, itu merupakan kenangan yang paling manis sepanjang karier saya,” kata Piya… Menceritakan kenangan pahit sepanjang karier pula, Piya menyatakan terpaksa direhatkan lama kerana kecederaan adalah kenangan pahit beliau. “Ketika cedera di Pulau Pinang, saya berasa seolah-olah tidak akan mampu untuk bermain bola lagi. Ketika diusung keluar padang lagi saya sudah menangis mengenankan apa yang akan berlaku seterusnya. Saya terfikir adakah saya masih mempu bermain. Macam-macam perasaan yang bermain di fikiran ketika itu,” cerita Piya…

Apakah harapan Piya kepada penyokong..??? Harapan saya kepada penyokong, kalau boleh, setiap kali perlawanan saya mahu stadium sentiasa penuh. Beri semangat kepada pemain- pemain dan pemain akan berikan 120%. Biar lawan gerun untuk bermain di Kota Bharu… Macam mana dapat nama “Piya”..??? Nama “Piya” ini sebenarnya diberi oleh seorang bekas jurulatih semasa saya bermain di Padang Bank. Beliau dikenali dengan nama gelaran “etuk”. Beliau yang beri nama “Piya” kepada saya kerana ketika itu ada seorang pemain Colombia, Faustiono Asprilla yang cukup tersohor. Beliau cakap, nama “Piya” ini sesuai untuk saya.

Dan dari hari itu hinggalah sekarang, nama gelaran “Piya” itu melekat dan sinonim dengan diri saya… Rakyat dan penyokong Kelantan Akan mendoakan PIYA dan menyokong PIYA dan pasukan Kelantan selamanya… Semoga PIYA sentiasa beroleh kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge