Portugal Juara EURO 2016

Pasti peminat bolasepak semua dah tahu keputusan perlawanan akhir kejohanan Euro 2016 yang baru berakhir. Nampaknya Portugal telah berjaya memenangi kejohanan Eropah buat kali pertama dengan mengalahkan tuan rumah Perancis dengan keputusan 1 – 0.

Perlawanan ni berakhir dengan masa tambahan 30 minit kerana tiada gol dapat dijaringkan dalam 90 minit masa penuh. Namun pada minit ke 109 pemain gantian Portugal iaitu Eder berjaya memecah kebuntuan dengan jaringan menarik yang berjaya menewaskan penjaga gol Perancis Hugo Loris.

Dengan gol itu, Portugal berjaya bertahan sehingga ke minit akhir masa tambahan dan akhirnya pasukan mereka menang setelah gagal semasa menjadi tuan rumah pada tahun 2004. Kali ni mereka berjaya dan pemain terbaik Portugal iaitu Christiano Ronaldo akhirnya memadam memori pahit semasa tahun 2004.

Walaupun Ronaldo cedera pada perlawanan akhir tersebut kerana berlaga lutut dengan kaki pemain Perancis, Payet dan hanya dapat bermain hingga ke minit 25. Namun rakan pasukannya tetap bersemangat dan meneruskan permainan cemerlang mereka dengan menyerap asakan bertubi-tubi pasukan Perancis.

Apapun tahniah untuk Portugal kerana menjuarai kejohanan Eropah buat kali pertama dalam sejarah mereka.

:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge