GameNow WP Theme

Dark Light
Sharbinee Malu

“BENAR saya melakukan kesilapan, tapi jangan maki-hamun dan tolak saya di depan ribuan penonton, saya juga ada maruah seperti orang lain,” kata penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli,ketika diminta mengulas mengenai pertelingkahannya dengan jurulatih, Peter Butler ketika pertemuan dengan Kedah malam kelmarin yang berkesudahan seri 1-1.

Jurulatih yang berasal dari England itu bertindak tidak profesional apabila mengekori Sharbinee hingga berhampiran pintu masuk pemain sambil menuding jari ke arahnya dengan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum diredakan jurulatih penjaga gol,Zuber Ibrahim.Tambah penjaga gol itu,dia tidak kisah dimarahi Butler di atas kesilapannya menolak bola masuk ke gawangnya sendiri tapi jurulatih itu perlulah memilih tempat yang sesuai seperti dalam bilik persalinan dan bukannya di padang.

“Sebagai pemain, kesilapan sebegitu bukan kita mahu, tapi dalam sesuatu permainan,apapun boleh berlaku seperti yang terjadi malam semalam,namun saya harap peminat tidak menghukum saya sebaliknya terus memberi sokongan terutama dalam misi Terengganu melayakkan diri ke suku akhir,” katanya.

bola shabine Sharbinee Malu

pixel Sharbinee Malu
Sponsor
   

DAPATKAN UPDATE TERBARU

Update terbaru terus melalui email korang. Terima Kasih atas sokongan korang! Tanpa korang, takde la blog esempoi ni..hehe

Email Korang:

TwitterCounter for @sha_munira  


No comments currently exist for this post.
Leave a Reply:



CommentLuv badge

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »


Sila Tengok Sila Like Fanpage Esempoi
Apesal.com
Latest Comments Login
Hi Stat
Meta