Close Panel

Buat DuitRSS: News Maker

Cara Membuat Telur Masin.

Posted on July 6, 2009 in: Buat Duit

Salam kepada semua. Kali ini, ada sedikit panduan untuk membuat duit dengan telur masin. Puasa dah nak dekat, lepas tu raya pulak..jadi dah tentu kena guna duit secara berlebihan kan? nak beli macam-macam la katakan. Jadi sedikit panduan untuk memulakan bisnes telur masin di pasar-pasar atau bazaar ramadhan di tempat anda. Untuk kegunaan peribadi pun [...]

Blog Widget by LinkWithin
PERHATIAN, Untuk seminggu ni shifa busy skit, so kesemua update dari 5 Mac-13 Mac 2010 adalah secara automatik. Bye-Bye semua. Jangan Nakal-nakal..hehe

telurmasin1 Cara Membuat Telur Masin.

Salam kepada semua. Kali ini, ada sedikit panduan untuk membuat duit dengan telur masin. Puasa dah nak dekat, lepas tu raya pulak..jadi dah tentu kena guna duit secara berlebihan kan? nak beli macam-macam la katakan. Jadi sedikit panduan untuk memulakan bisnes telur masin di pasar-pasar atau bazaar ramadhan di tempat anda. Untuk kegunaan peribadi pun boleh juga, boleh la berjimat cermat kan..Jadi, mari kita mulakan.

Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.Bahan MentahBahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-

BAHAN

2500 biji

500 biji

100 biji

Telur Itik (biji)

2500

500

100

Garam Halus (kg)

18.0

3.6

0.72

Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg)

22.5

4.5

0.70

Air (liter)

15

5.0

0.60

Sekam Padi yang dibakar hitam (kg)

6.25

1.25

0.25

Cara memproses

Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.

Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya. Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste). Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati. Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.

Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal. Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.

Blog Widget by LinkWithin

Peluang ISTIMEWA bersama HPA Online jk_125px jk_125px jk_125px

Tags: , , , , , , ,

DAPATKAN UPDATE TERBARU

Update terbaru terus melalui email korang. Terima Kasih atas sokongan korang! Tanpa korang, takde la blog esempoi ni..hehe

Email Korang:

  1. Posted July 6, 2009 at 11:09 am

    kena sungguh post nih dengan waktu…

    tambah2 plak orang dah nk dekat ngan posa..ada pulak ajar buat menu telur masin sempena dengan nk bersahur yang best…

    waktu camni yang best skali puasa sunat…

    [Balas Komen ni]

    The Twelve Reply:

    mmg telur masin dan santapan di bulan puasa tak dpt dipisahkan.. :menari:

    [Balas Komen ni]

  2. safar
    Posted July 9, 2009 at 8:53 am

    :teruja: oh begitu buat telur masin.

    [Balas Komen ni]

  3. Posted July 10, 2009 at 1:41 am

    ak kureng bab telor masin nie..x tahu npe..
    ikan masin ok ag..nk muntah.. :dsadas:

    [Balas Komen ni]

  4. Posted July 12, 2009 at 3:59 pm

    octa ni penjual telur ke? telur itik ke telur errr.. hehehe :ding:
    chokilalas last blog post..Usikan Pocong

    [Balas Komen ni]

  5. faie
    Posted August 23, 2009 at 10:39 am

    Kena simpan dulu ke. Saya tahu telur masin sedap dimakan pada hari ke 12 dimasinkan.

    [Balas Komen ni]

  6. girl
    Posted September 26, 2009 at 11:17 pm

    kalau bak makan benda masin2 ni kureng sikit..dulu pernah juga sekali 2 masa bulan pose makan telur masin tapi nasib baik tak rasa apa2 sebab nasi pun lebih kuat dari rasa telur masin..Maklumlah kuah kat nasi banyak sangat.. :ketawa:

    [Balas Komen ni]

  7. Ross
    Posted February 17, 2010 at 8:59 pm

    sdap neh mkan ngam nsik krabu,hohohoh :ketawa: :korek2: :korek2: :korek2:

    [Balas Komen ni]

Post Comment

:comel: :menari: :teruja: :korek: :jahat: :bye: :study: :jalan: :tidur: more »

CommentLuv Enabled

  • Categories

  • Archives

  • Jom Borak



    klik '+' untuk emotikon
  • aaa
    Copyright © 2010 Blog eSempoi.com | Hidup biar sempoi|WordPress Theme Design by Rubiqube.com