Punca Pendapatan Dari Blog

Blog ni sebenarnya boleh memberikan kita peluang untuk mendapatkan pendapatan atau duit. Banyak cara yang kita boleh gunakan dalam menghasilkan duit ini. Saya kategorikan punca pendapatan tersebut kepada tiga iaitu melalui iklan banner persendirian, syarikat pengiklanan berbayar dan melalui review artikel.

Iklan Banner Persendirian – contoh iklan banner persendirian adalah seperti yang berada di sidebar blog ini iaitu banner 125×125 dan banner 160×600. Untuk meletakkan banner ini diblog, pengiklan luar perlu memberikan bayaran tertentu kepada pemilik blog. Bayaran biasanya dalam lingkungan RM10 – RM100 sebulan bergantung kepada trafik blog.

Syarikat Pengiklanan Berbayar – pengiklanan jenis ini memerlukan kita mendaftar secara online di syarikat pengiklanan yang ada samada di dalam negara atau luar negara. Contohnya adalah seperti nuffnang, innity, adverlets dan sebagainya. Cuma setiap satu pengiklanan tu ada syarat masing2. Lepas dah daftar barulah letak banner yang disediakan. Kemudian tunggulah duit dalam akaun yang diberi bertambah.

Review Artikel – review artikel adalah dengan meletakkan artikel atau review untuk produk tertentu samada produk fizikal, digital, perkhidmatan dan sebagainya. Untuk meletakkan review tersebut dalam blog kita, pihak luar perlu membayar dengan bayaran tertentu seperti RM10 atau lebih lagi untuk setiap satu artikel bergantung kepada trafik dan pembaca blog.

Jadi, apa lagi.. marilah kita dapatkan duit dari blog.. hehe.

p.s ada banyak lagi sumber2 lain.. tapi akan ditambah dalam artikel yang lain plak.. tunggu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

9 thoughts on “Punca Pendapatan Dari Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge