Sindiket ‘Love Scam’ di Melaka tumpas, 9 warga asing ditahan

Polis menumpaskan sindiket penipuan internet (Love Scam) yang terdiri daripada 7 lelaki warga Afrika dan 2 wanita Filipina selepas seorang wanita warga Hong Kong kerugian hampir RM200,000 ditipu sindiket terbabit tahun lepas. Mereka yang berumur diantara 25 dan 37 tahun itu ditahan pada pukul 12.25 pagi tadi dalam 3 serbuan… Read more

Selangor ambil alih perkhidmatan air dalam 14 hari

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor akan mengambil alih perkhidmatan air dalam tempoh 14 hari dan perkara itu telah pun dimaklumkan kepada Putrajaya, “Kita berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru… Read more

Tengkorak tergantung di pokok ditemui Sepang

Dilaporkan rangka milik seorang wanita dijumpai tergantung pada pokok di pintu masuk pentadbiran KLIA, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman, tengkorak mangsa tergantung pada pokok manakala rangkanya bersepah di atas tanah. Hasil pemeriksaan mangsa berambut panjang dan memakai seluar jeans serta baju-T.Selain itu pasport milik warga… Read more

Pengsan dirempuh babi

Seorang isteri terkejut apabila mendapat tahu anak dan suami pengsan dirempuh babi. Menurut wanita tersebut Rokiah Ibrahim, 39, dalam kejadian itu suami dan anaknya itu dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang lagi anak mereka ke sekolah berhampiran rumah mereka. Ketika dalam perjalanan pulang itu, tiba-tiba seekor babi meluru keluar dari… Read more

Israel ancam serang Syria

Israel mengancam akan melancarkan serangan terlebih dahulu ke atas Syria. Difahamkan ia adalah sebagai langkah untuk mengelakkan senjata kimia milik Syria jatuh ke tangan kumpulan Al-Qaeda atau Hizbullah di Lubnan. “Jika senjata kimia tersebut jatuh ke tangan musuh, ia pasti akan meningkatkan lagi ketegangan di rantau ini Kami mungkin perlu… Read more

Ganjaran RM60,000 untuk maklumat kes kematian William Yau

Sebelum ini seorang kanak-kanak hilang, ditemui mati di jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang dan punca kematian masih belum diketahui . Sehubungan dengan itu ganjaran RM60,000 ditawarkan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong. Menurut Ketua Biro Khidmat… Read more

Hindraf badan sah, KDN batal perintah pengharaman 2008

Kerajaan telah membatalkan pengharamkan pertubuhan HINDRAF yang dibuat pada awal Oktober 2008.  Kementerian Dalam Negeri telah memaklumkkan perkara ini kepada Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy dalam  satu surat bertarikh 25 Januari 2013.  Salinan surat itu boleh dilihat di website Hindraf. Sehubungan itu HINDRAF kini adalah pertubuhan yang sah di Malaysia…. Read more

Rafizi nafi minta maaf kepada Zahid Hamidi

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menafikan laporan beberapa media sosial mendakwa beliau telah memohon maaf kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sambil menegaskan akaunnya digodam. Menurut Rafizi  kenyataan itu adalah tidak benar serta berniat jahat dan ia direncanakan oleh blog pro-Umno dengan tujuan memfitnahnya dan… Read more

Shahidan Kassim Nafi masuk PAS

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan  yang dia akan masuk PAS. Isu ini timbul gara-gara gambar beliau bersama pemimpin Pas Kedah terpampang pada kain rentang membabitkan program anjuran Pas Kuala Kedah. “Saya tidak hadir Majlis Wacana Ilmu Anjuran PAS Kedah pada malam esok. Saya juga tidak… Read more

Muhyiddin: Projek Langat 2 tetap diteruskan

Ketika berucap di program mesra rakyat 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Dr Abdul Latiff Sabak Bernam siang tadi,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan pusat akan meneruskan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri Selangor. “Kerajaan pusat kata, lulus… Read more