Rasanya tak ramai yang tahu bahawa rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi atau pemilih boleh mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara online. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mendownload Borang A dari laman web www.spr.gov.my .
Walaupun sebenarnya bukanlah mendaftar secara online betul2 tapi mendapatkan borang secara online. Namun pemilih masih perlu mengisi borang A tersebut dan menghantarnya kepada pihak SPR atau di wakil2 SPR seperti di pejabat pos. Cuma urusan lebih cepat dan mudah sebab dapat isi borang terlebih dahulu.
Sebelum mendaftar tu kena tahu dan paham dulu syarat2 di bawah k:
SYARAT-SYARAT LAYAK MENJADI PEMILIH ?
1 – Mestilah Warganegara Malaysia;
2 – Telah Mencapai Umur 21 Tahun;
3 – Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia dan ;
4 – Tidak hilang kelayakan untuk mengundi.
TATACARA PENGISIAN DAN PENGHANTARAN BORANG A
1 – Sila dapatkan borang A;
2 – Isi alamat seperti dalam kad pengenalan diri;
3 – Isi maklumat dalam borang A tersebut dengan betul;
4 – Hantar borang permohonan ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);
5 – Jangan lupa sertakan sekali salinan MyKad anda bersama borang ;
6 – Serta paling penting jangan lupa buat salinan segala borang2 tersebut untuk rujukan masa hadapan;
Jika ada pertanyaan boleh hubungi SPR di talian 03-88856500.
