Cupcake Yang Bahaya!

Kek cawan atau lebih dikenali sebagai Cuocakes sememangnya menjadi permintaan ramai kebelakangan ini berikutan rupanya yang berwarna-warni,sedap serta dihiasi dengan pelbagai dekorasi yang menarik.Namun,ada satu jenis cupcakes yang berbahaya untuk dimakan.

Cupcake ini mungkin kelihatan seperti cupcake yang diperolehi daripada kawasan yang berlaku kejadian jenayah ganas, dan ia merupakan salah satu idea di sebalik pembikinan cupcake Dexter dari Magnolia Bakery.Magnolia Bakery merupakan kedai membuat kek dan roti yang telah ditugaskan oleh saluran TV,Showtime untuk membuat kek bagi meraikan penyiaran Musim ke-7 cerita pembunuh bersiri,Dexter.

Cupcake yang dihiasi dengan serpihan kaca dan darah Velvet merah yang telah dihidangkan pada majlis khas di Grand Central Terminal Vanderbilt Hall telah diselaputi dengan celupan sirap merah bagi menyerupai kesan darah.Serpihan kaca yang terdapat pada cupcake berkenaan hanyalah kaca yang diperbuat daripada gula dan tidak akan merobek mulut apabila dimakan.

Malangnya,kek ngeri tersebut tidak akan dijual kepada umum kerana ditakuti mungkin akan memberi kesan trauma yang hebat kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun apabila menjadikan kek tersebut sebagai hadiah hari jadi kelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

One thought on “Cupcake Yang Bahaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge