Ilusi Tersembunyi Dalam Logo.

Setiap logo yang dihasilkan pasti mempunyai maksud yang tersendiri,tidak kiralah organisasi kecil atau pun besar.Penghasilan logo lazimnya akan menggambarkan ciri-ciri syarikat tersebut.Di sini terdapat beberapa logo syarikat yang bukan sahaja istimewa bagi mereka tetapi juga menarik bagi kita.

Pasti dalam logo di atas ini anda nampak anak panah jingga di bawah perkataan amazon.com.Anak panah tersebut menunjukkan dari huruf “a” ke “z” membawa maksud amazon mempunyai segala-galanya dari a ke z.Anak panah tersebut juga melambangkan senyuman yang terpapar pada wajah pelanggan yang berpuas hati dengan segala macam produk amazon.

Adakah anda perasan terdapat nombor 31 pada huruf BR di atas?Sebenarnya,nombor 31 tersebut melambangkan 31 jenis perasa yang terdapat di Baskin Robbins.

Apakah yang anda nampak pada logo Carrefour ini?Anak panah merah ke kiri dan biru ke arah kanan?Ataupun anda nampak huruf “C” di tengah-tengahnya?

Seperti logo Carrefour di atas,logo Fedex ini juga mempunyai anak panah.Tak nampak?Anak panah tersebut berada di antara gabungan “E” dan “x”.Anak panah tersebut bermaksud kepantasan dan ketepatan yang mana menjadi prinsip syarikat ini.

Logo sukan bermotor ini mempunyai ilusi yang saya pasti ramai di antara anda dapat melihatnya.Nombor 1 yang terbentuk di antara huruf “F” dan garisan merah di atas menambahkan lagi keunikan logo ini.

Pernah tak dengar berkenaan dengan game Cluenatic?Cluenatic merupakan game yang melibatkan klue-klue dan pemain perlu menyelesaikan masalah menggunakan klue tersebut.Tengok pada logonya sahaja sudah tahu yang game ni penuh dengan klue.Logo besar di belah kiri itu terbina dari huruf “C”,”L”,”U” dan “E”.

National Broadcasting Company merupakan salah satu network penyiaran terbesar di Amerika Syarikat.Lambang di atas perkataan NBC tersebut sebenarnya ialah burung merak yang sedang melihat ke arah kanan dan mempunyai 6 bulu pada ekornya.

Logo Toblerone ni pun mempunyai ilusi yang tersendiri.Buka mata luas-luas dan anda akan nampak seekor beruang di bahagian lambang bukit di atas.Tapi kenapa beruang?Toblerone adalah syarikat coklat yang berasal dari Bern, Switzerland.Bern juga dikenali sebagai The City of Bears.Sebab itulah diselitkan beruang yang comel dalam logo ini.Kreatif bukan?

Begitulah antara logo-logo yang menarik serta boleh menjadi inspirasi kepada kita.Mencipta logo bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan usaha try and error yang sangat banyak bergantung kepada kreativiti seseorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

2 thoughts on “Ilusi Tersembunyi Dalam Logo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge