Peluk Saja Dapat Minuman Percuma.

Pelik tapi benar,jika biasanya sebuah vending machine akan mengeluarkan barang yang dijual setelah anda memasukkan wang tetapi yang ini memang sesuatu yang sangat berbeza apabila vending machine yang dikeluarkan oleh syarikat minuman Coca Cola ini hanya perlu dipeluk,dan ia akan mengeluarkan setin minuman.Percuma tanpa memerlukan wang!

Kali ini Coca Cola mempromosikan minuman perniagaannya itu dengan cara kreatif, iaitu mencipta sebuah vending machine yang unik. Namanya adalah vending machine ‘Hug Me’.

Malangnya,vending machine yang unik tersebut untuk ketika ini hanya ada satu di National University of Singapore.Ia memang sengaja dipasang oleh syarikat Ogilvy & Mather di sebuah universiti dimana tempat remaja berkumpul.

Dalam kenyataan,Leonardo O’Grady,Pengarah IMC ASEAN The Coca Cola Company berkata;

“Kebahagiaan itu menular.Mesin Coca Cola Hug adalah idea yang mudah untuk menyebarkan sedikit kebahagiaan”,

Siapa yang tidak bahagia jika mendapat minuman percuma di zaman seperti ini.Agaknya bilakah vending machine seperti ini akan sampai ke Malaysia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge