Kualiti ayam kampung ternakan MARDI dilihat 2 kali ganda lebih baik daripada harga ayam kampung kacukan.
Ayam kampung itu juga lebih seragam dari segi fizikal seperti warna bulu, bentuk badan dan berat badan serta bercirikan ayam kampung asli iaitu mengais dan mengeram telur sendiri selain sudah teruji dagingnya rendah lemak dan lebih pejal.
Menurut Dr. Azizan Ab. Rashid iaitu Pengarah Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik MARDI, beliau memberitahu jumlah ayam permulaan untuk penternakan ialah sebanyak 150 ekor dengan setiap seekor berharga RM1.80.
Kakitangan MARDI sedang beri ayam kampung baka MARDI. Baka ayam ini telah dilancarkan semalam di MAHA 2012 .sumber gambar Kosmo.com.my
