Tiket Piala AFF-Suzuki Dijual Mulai 23 Nov.

Tiket bagi perlawanan bola sepak Piala AFF-Suzuki akan mula dijual 23 November ini iaitu dua hari sebelum kejohanan berlangsung.Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),harga tiket bagi setiap perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam adalah RM30 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Sekiranya Malaysia layak ke separuh akhir,harga tiket adalah RM40 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.Manakala bagi perlawanan akhir,harga tiket ialah RM50 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Sementara itu tiket bagi perlawanan persahabatan Malaysia menentang Hong Kong pada Rabu ini dan pada Selasa pula Malaysia berdepan dengan Bangladesh di Stadium Shah Alam boleh didapati pada harga RM20 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.Tiket akan mula dijual mulai pukul 5 petang pada hari perlawanan yang kedua-dua perlawanan bermula pukul 8.45 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge