Anak Ikan Yu Disambar Helang Masih Hidup.

Seekor anak ikan yu yang masih hidup ditemui di Kelab Golf San Juan Hills,Los Angeles.Anak ikan yu bintang yang sepanjang 60 sentimeter itu dipercayai disambar seekor burung helang laut di Lautan Pasifik dekat padang golf tersebut.Kemudian burung helang itu melepaskan ikan tersebut semasa ia terbang melintasi padang golf berkenaan.

“Seorang petugas kami yang membuat rondaan mendapati terdapat sesuatu yang bergerak-gerak di atas rumput dekat lubang ke-12.Selepas melakukan siasatan,dia mendapati terdapat seekor ikan yu yang kecil.Dia kemudian membawa ikan tersebut dengan menggunakan kereta golf ke bangunan kelab,”kata pengarah operasi kelab itu,Melissa McCormack.

Menurutnya,terdapat tanda gigitan pada badan anak ikan itu sekali gus menyebabkan beberapa kakitangan kelab tersebut menganggap ia terjatuh dari paruh burung helang.Seorang kakitangan kelab golf kemudian membawa ikan tersebut untuk dilepaskan ke Lautan Pasifik di pantai Dana Point yang terletak lapan kilometer dari situ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge