Ayam Macam Penguin..??

Gaya comel ayam ini betul-betul iras perlakuan seekor penguin. Mujurlah tubuhnya dibaluti bulu seperti ayam-ayam lain. Gara-gara ayam itu berlagak seperti seekor penguin, akhbar tempatan China telah mengelarnya sebagai Mumble. Nama tersebut diambil sempena watak seekor penguin dalam filem animasi yang berjudul ‘Happy Feet’.

Pemilik ayam tersebut, iaitu seorang petani, Lu Xi, agak terkejut melihat perlakuan pelik yang ditunjukkan oleh ayamnya itu. Dia teringin mengetahui apa sebenarnya yang terjadi pada ayamnya. Daripada hasil pemerhatiannya itu,telah menemukan sesuatu yang tidak disedarinya sebelum ini.                       Apa yang mengejutkan ialah, fizikal Mumble rupa-rupanya berbeza dengan ayam normal lain kerana saiz kepaknya yang agak kecil,mirip seperti kepak seekor penguin. Lu Xi berandaian, kemungkinan kelainan bentuk fizikal itu penyebab ayamnya beraksi sedemikian. Namun, sejauh mana factor ini dikatakan punca utama tidaklah diketahui kebenarannya. Tetapi terdapat pula teori lain yang menyifatkan Mumble mengalami berlainan identiti. Berlainan identiti lazimnya terjadi pada manusia. Tapi, apakah di kalangan haiwan, terutamanya ayam juga turut mengalami masalah yang serupa?    Menurut Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar dari fakulti Perubatan Veterinar di Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jalila Abu, hal seumpama itu lazimnya sering memang berlaku kepada haiwan. Walau bagaimanapun, kes seumpama ini bukan berpunca daripada perbezaan identity.

Identiti yang menyerupai haiwan lain seperti dalam kes ayam yang berlagak seperti penguin, tercetus disebabkan banyak faktor. Pertama, jika dilihat dari sudut sains, ada kemungkinan ia berpunca daripada fisiologi dan anatomi dalam badan. Sekiranya haiwan berkenaan mengalami masalah atau kecacatan pada tulang badan sejak lahir, ia boleh menyebabkan postur badan menjadi begitu. Boleh jadi juga, sekiranya ayam itu berdiri tegak dan mendada adalah disebabkan ia dibela seperti ayam serama oleh tuannya sejak kecil. Ini kerana, tulang haiwan yang baru lahir sangat lembut. Jika saat awal ia telah dilentur, rangka tersebut akan mudah membengkok seperti yang tuannya mahukan.

Cuma dalam kes ayam yang berlagak menyerupai penguin ini ada kemungkinan ia bermula menerusi daripada pengamatan. Dalam proses pemerhatian itu,ayam tersebut akan cuba meniru berdasarkan apa yang dilihat mereka, terutama sekali perkara yang paling dekat di sekelilingnya. Setelah itu, ia mula mengajuk dan menggayakannya. Aksi yang digayakan menerusi proses peniruan itu biasanya akan kekal. Sebagai contoh, burung nuri yang boleh meniru percakapan tuannya. Lalu mengajuk semula beberapa perkataan yang didengari dan diingatinya.

Berdasarkan pengalaman Dr.Jalila , apabila beliau melakukan pemerhatian gelagat burung dan ayam,beliau mendapati haiwan seumpama itu akan menunjukkan aksi-aksi yang menarik,saat proses mencari pasangan. Misalnya, ayam jantan yang bersungguh-sungguh mempamerkan beberapa gaya yang luar biasa seperti menari-nari, mendada, mengepakkan sayap, melentik dan membengkokkan badan bagi memikat ayam betina.

Komunikasi visual ini juga sering diaplikasikan oleh ayam dan burung sewaktu mengambil perhatian ayam-ayam yang lain. Ketika itulah mereka akan menunjukkan kehebatan masing-masing. Penjelasan ini mungkin ada kaitan –mengapa ayam beraksi seperti penguin. Walaupun kes Mumble dianggap pelik dan kelihatan tidak normal, tapi setidak-tidaknya ia terselamat daripada menjadi hidangan yang istimewa berbanding rakan-rakannya yang lain. Kerana pemiliknya, Lu Xi telah memutuskan Mumble sebagai haiwan peliharaan kesayangan mereka sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge