Berkat Mengasihi Kucing.

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak ketika menunaikan haji.Wanita ini sudah tua dan uzur,lututnya lemah dan sentiasa sakit.Dia terpaksa mengunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie.Waniat tua ini mengupah petugas Arab untuk menolaknya,tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie sahaja,tidak mampu buat yang sunat kerana keuzurannya.Namun,ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini iaitu mencontohi sunnah Nabi s.a.w,mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.Beliau amat suka memelihara kucing.Beliau melayan makan dan minum kucing,pungut kucing yang dibuang orang,diberikan makan dan minum,dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun kebanyakan kucing jalanan itu lemah,sakit,kurus kering atau lumpuh tetapi tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya.Ada diantara kucing yang berkudis dan sakit serius.Oleh itu,rumahnya memang terkenal sebagai pusat rawatan kucing.Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya.Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.Justeru,ada kucing-kucing peliharaannya manja,gemuk dan sihat,serta cantik-cantik belaka,berkat daripada khidmatnya yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji.Memang sudah lama beliau menyimpan hajat untuk ke Tanah Suci,solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata.Niat di hatinya adalah untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat.Tetapi apakan daya,lututnya sakit manakala badan uzur.Setelah solat fardu,beliau memanjatkan doa kepada Allah agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari,semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat,beliau terjumpa seekor kucing yang kurus,comot,lemah dan lapar.Apabila kucing itu hendak bangun berjalan,ia jatuh berkali-kali.Oleh keran kasihan melihat kucing itu,wanita tua itu lantas mengambilnya.Diurutnya tubuh kucing yang lemah itu serta dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah,kucing itu pulih dan sihat.Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya.Ajaib sungguh,kaki dan lututnya yang sakit tadi tiba-tiba menjadi sihat dan kuat seperti orang muda.Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya ikut suka hatinya.Maka,tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini,berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu.

Setelah tawaf wida(selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi,hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah,Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat sambil matanya merenung sayu padanya.Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas,kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing,seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini,lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge