Bisa Kalajengking Bark Scorpion Mampu Mencegah Kegagalan Jantung

Siapa yang tidak takut dengan kala jengking?? Haiwan unik ini digeruni kerana racun di dalam tubuhnya diketahui sangat berbahaya. Tapi para penyelidik Inggeris  mendedahkan bahawa racun kala jengking boleh menjadi kunci untuk mengelakkan kegagalan bypass jantung.

Jika seseorang mengalami gangguan pada jantung, maka rawatan yang diperlukan adalah melakukan operasi bypass. Operasi ini dilakukan untuk meningkatkan aliran darah ke jantung pada pesakit yang mempunyai penyakit koronari berat sehingga berisiko terkena serangan jantung. Semasa operasi, arteri atau vena sihat yang berasal dari bahagian tubuh lain disambungkan ke arteri koronari yang tersumbat. Laluan baru ini akan membawa darah yang kaya oksigen ke otot jantung. Namun operasi ini boleh gagal jika cangkukan pembuluh vena ini tersumbat.

Kini saintis dari University of Leeds telah mendapati bahawa racun margatoxin yang terdapat pada kala jengking kulit kayu (bark scorpion) di Amerika Tengah boleh menjadi penyelesaian. Hasil kajian yang diterbitkan dalam talian di Cardiovascular Research mencari racun tersebut mempunyai kekuatan minimum 100 kali lebih kuat berbanding sebatian lain untuk mencegah kegagalan pencangkukan vena.

“Racun ini bekerja dengan cara menekan respons alami pembuluh darah terhadap kecederaan sehingga menjaga pembuluh darah agar tetap bersih. Keberkesanan toksin ini membuat kami terkejut dan hanya diperlukan sedikit molekul untuk mendapatkan kesannya,” kata ketua operasi penyelidikan, Profesor Beech, seperti dipetik daripada Dailymail. Profesor Beech mendedahkan margatoxin ini berkemungkinan boleh diberikan dalam bentuk ubat yang ditelan, disedut ataupun disuntik. Tapi ia boleh juga berpotensi sebagai ubat spray ke pembuluh darah itu sendiri sambil menunggu operasi transplantasi jantung.

Penyakit jantung hingga saat ini masih menjadi salah satu penyakit yang paling ditakutkan, dan operasi bypass yang berjalan berjaya boleh berlangsung sekitar 10-15 tahun. Diharapkan dengan penemuan margatoxin dari kala jengking kulit kayu ini boleh mengurangkan angka kegagalan operasi bypass pada pesakit jantung, sehingga boleh meningkatkan peratus harapan untuk hidup di kalangan pesakit jantung.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge